SEJARAH PENUBUHAN KRK


Sejarah Penubuhan KRK
Dalam era kementerian Pendidikan Malaysia meningkatkan pencapaian sekolah ke arah pendidikan berprestasi tinggi, maka Smk seri Keramat berusaha dan ingin manyahut cabaran untuk mencapai tahap ditetapkan. Untuk itu, pihak sekolah perlu mewujudkan Kelas Rancangan Khas , yang meruipakan cara yang praktikal bagi membolehkan sekolah ini melonjak maju bagi mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang. Dengan berbekalkan infrastuktur, keazaman dan kebolehan guru-guru yang berpengalaman sudah pasti matlamat dapat direalisasikan dan tertubuhnya secara rasmi Kelas Rancangan Khas buat pertama kalinya pada sesi persekolahan tahun 2010 sebanyak 1 kelas sahaja dengan bilangan pelajar seramai 21 orang. Pelajar perintis ini di letakkan di sesi pagi dan diberi nama tingkatan 1 Ibnu Sina. Sehingga kini pada tahun 2012 ada sebnayak 3 kelas di buka untuk Kelas Rancangan Khas iaitu  tingkatan 1, 2 dan 3 Ibnu Sina.




 
Mata pelajaran yang ditawarkan:
1.      B. Melayu
2.      B. Inggeris
3.      Pendidikan Islam
4.      Matematik
5.      Sains
6.      Sejarah
7.      Geografi
8.      Kemahiran Hidup Pilihan 4
9.      Pendidikan Sivik
10.  Pendidikan Seni
11.  Pendidikan Jasmani dan Kesihatan



MATLAMAT SEKOLAH
   Matlamat Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat(SMKSK) ialah untukmenjadikan sebuah sekolah yang cemerlang dari segi fizikal serta melahirkan individu yang mengamalkan ajaran agama,berakhlak mulia,dinamik,progresif,kreatif dan innovative
  
OBJEKTIF SEKOLAH
1.    Mementingkan kecemerlangan secara keseluruhan dari segi akhlak,disiplin,kecemerlangan,kebersihan dan keindahan sekolah dan kawasannya.
2.    Menjadikan institusi yang mewujudkan suasana harmoni,selesa,tenteram dan saling menghormati dikalangan pelajar, guru dan staff sokongan.
3.    Menanam rasa minat untuk terus berusaha dan bekerjasama dikalangan ahli sekolah demi mencapai kecemerlangan.

MOTO SEKOLAH
Berilmu dan Beramal

VISI SEKOLAH
Pendidikan berkualiti sekolah cemerlang.

MISI SEKOLAH
      Warga SMK Seri Keramat berusaha dan bekerjasama dengan ibu bapa dan ahli komuniti supaya dapat meningkatkan potensi pelajar bagi melahirkan insan yang cemerlang,mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan sekolah yang berkesan.

Hijau = Segar dan Subur
Biru = Kasih dan Taat
Putih = Suci dan Bersih
 

No comments:

Post a Comment