Thursday 17 May 2012

Sebatang Lilin

16 Mei 2012
Jasa guru tidak dapat dihitung dengan jari. Guru lah menyebabkan kita mengenal huruf dan angka. Huruf yang diajar, dikembangkan menjadi suku kata, perkataan dan seterusnya ayat. Menerusi huruf, kita mampu mengira ribuan angka. Semuanya kita peroleh menerusi dedikasi guru yang berterusan mendidik tanpa mengenal penat dan lelah.
GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.
Okay. Jom tengok gambar-gambar yang sekitar sambutan Hari Guru SMKSK 2012.

Pengacara majlis dari 3 Ibnu Sina (krk)

Pengacara dan camera men berbakat juga dari 3 Ibnu Sina



Ucapan puan Pengetua Pn Zaitun Zainal

bersemangat menunggu kedatangan guru yang diraikan



Langkah-langkah semangat

Turut hadir mengucapkan Selamat hari Guru YDP PIBG Dr. Othman


Ketika membaca ikrar guru
Bakat terpendam, menyanyikan lagu Guru Malaysia

Pencuci mulut, kek hari guru

Memtong kek oleh Puan Pengetua sebagai membuka upacara sambutan Hari Guru


Keceriaan wajah guru-guru, saat harinya diraikan

sukaneka semangatnya sukar ditandingi


Dapat banyak BUNGA? tanda tugas guru mengharumkan dunia. Dapat banyak PEN? tanda guru bijak melakar kata. Dapat PEMADAM? Tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta. Dapat UCAPAN tanda guru sentiasa diingatan.
”Selamat Hari Guru ” buat semua warga pendidik tanahair. Andalah GURU inovatif yang bisa melonjakkan tranformasi pendidikan negara . Galaslah tanggungjawab dan amanah ini dengan ikhlas dan penuh dedikasi agar kita dapat melahirkan generasi cemerlang dari segi akademik dan juga sahsiahnya"


Tuesday 15 May 2012

Doa Hari Guru

Ya Allah Ya Tuhan kami,
kami bersyukur kerana pada pagi Jumaat, penghulu sekalian hari ini,
engkau izinkan kami warga SMRA Rantau
untuk membaca Yasin bersama-sama, sebagai tanda perpaduan,
seterusnya menadah tangan bermunajat kepadamu,
sebagai tanda pengabdian.
Ya Allah! Ya Rahman Ya Rahim.
Ampunilah dosa-dosa kami,
dosa kedua ibu bapa kami dan dosa guru-guru kami.
Sesungguhnya engkaulah tuhan yang maha pengampun,
lagi maha mengasihani.
Ya Allah! Ya Alim, Ya Khabir!
Sempena Hari Guru pada tahun ini,
Kami memohon ke hadrat mu Ya Allah,
Berkatilah segala usaha guru-guru kami,
ganjarilah pengorbanan dan susah payah mereka mendidik kami,
sebagaimana ganjaran yang engkau kurniakan
kepada para rasul dan para nabi.
Ya Allah! Ya Qahhar, Ya Jabbar!
Kurniakanlah petunjuk kepada guru-guru kami,
agar mereka sentiasa berdedikasi dan tinggi integriti.
Kurniakanlah kekuatan kepada guru-guru kami,
agar mereka dapat menangani segala karenah kami.
Kurniakanlah jua Ya Allah, kesatuan kepada guru-guru kami,
agar mereka sepakat bekerja dan bersatu hati.
Seterusnya ya Allah!
Jadikanlah mereka guru-guru yang berinovasi sentiasa,
bagi melonjakkan transformasi pendidikan negara kami yang tercinta,
Selaras dengan tema yang disambut bersama,
iaitu Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Tema Hari Guru

Tema Hari Guru


2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

Ikrar Guru

IKRAR

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Lagu Tema Hari Guru 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Kita Berbicara Tentang Inovasi

Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini
Bangun Beranikan Terima Seruan
Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif
Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binakanlah Keyakinan
Merentasi Segala Harapan

Lagu : Rosman bin Adam
Lirik : Zainal Ariffin bin Yusof

Pertandingan Pantun

Pertandingan Pantun KRK
21 Mac 2012
Pertandingan pantun antara Kelas Rancangan Khas telah diadakan pada masa dan tarikh yang ditetapkan. Walaupun ianya julung kali diadakan tetapi dapat dijalankan dengan baik mengikut perancangan. Pertandingan kali ini disertai oleh 2 kumpulan sahaja iaitu kumpulan pelajar lelaki terdiri daripada 3 peserta dan satu kumpulan pelajar perempuan terdiri daripada 3 peserta juga. Pertandingan pantun ini diadili oleh 2 orang hakim iaitu Abi Derin dan Pn. Yasmin Yaacob. Pertandingan ini dimenangi oleh kumpulan pelajar perempuan.

Peserta pantun perempuan gabungan 1,2 dan 3 Ibnu Sina

PK Pn. Zabariah turut turun padang memberi sokongan

Pengacara ceria Pn. Nor Azlina
Para penyokong setia
Penyokong yang setia dan ceria

Peserta lelaki juga gabungan 1 dan 2 Ibnu Sina

Monday 14 May 2012

Permata Negara

Inilah permata negara yang sedang menuntut di Smk Seri Keramat. Tahun ini adalah tahun pertama PMR yang akan diduduki oleh pelajar KRK 3 Ibnu Sina seramai 21 orang. Mudah-mudahan harapan warga pendidik di sekolah ini tidak disia-siakan oleh untuk meberikan keputusan yang cemerlang dan mendapat 8A dalam semua subjek.Amin.....

Permata 1 Ibnu Sina

Permata 2 Ibnu Sina
Permata 3 Ibnu Sina

Friday 11 May 2012

Bacaan Yasin

Majlis bacaan yasin mingguan untuk semua pelajar termasuklah pelajar KRK. Majlis yang penuh barakah ini diadakan pada setiap pagi hari Jumaat. Antara tujuan utama majlis ini untuk memohon keberkatan dan kelembutan hati pelajar agar sentiasa hatinya cenderung melakukan kebaikan dan ikhlas menuntut ilmu. Amin.

khusyuk guru-guru membaca yasin
Guru lelaki turut serta Us Kyairol dan cikgu Ismail
Sifu sekolah Ustaz Yusri mengetuai bacaan yasin

pelajar yang hadir pada majlis tersebut

Hari Anugerah Cemerlang

Hari Anugerah Cemerlang
Sabtu 21 April 2012
Hari Anugerah Cemerlang adalah acara tahunan untuk menghargai kejayaan pelajar Smk Seri Keramat yang cemerlang dalam Peperiksaan Awan dan dalaman. Sambutan memang dinantikan oleh pelajar dan semua warga pendidik sekolah ini.
Sahib pelajar KRK menyertai kumpulan nasyid sekolah

Nur Imanina Cemerlang 1 Ibnu Sina

Sharafana Cemerlang 2 Ibnu Sina
Persembahan nasyid al Mannar, salah seorang ahlinya daripada KRK 3 Ibnu Sina (Hijazi)