Thursday, 17 May 2012

Sebatang Lilin

16 Mei 2012
Jasa guru tidak dapat dihitung dengan jari. Guru lah menyebabkan kita mengenal huruf dan angka. Huruf yang diajar, dikembangkan menjadi suku kata, perkataan dan seterusnya ayat. Menerusi huruf, kita mampu mengira ribuan angka. Semuanya kita peroleh menerusi dedikasi guru yang berterusan mendidik tanpa mengenal penat dan lelah.
GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA.
Okay. Jom tengok gambar-gambar yang sekitar sambutan Hari Guru SMKSK 2012.

Pengacara majlis dari 3 Ibnu Sina (krk)

Pengacara dan camera men berbakat juga dari 3 Ibnu Sina



Ucapan puan Pengetua Pn Zaitun Zainal

bersemangat menunggu kedatangan guru yang diraikan



Langkah-langkah semangat

Turut hadir mengucapkan Selamat hari Guru YDP PIBG Dr. Othman


Ketika membaca ikrar guru
Bakat terpendam, menyanyikan lagu Guru Malaysia

Pencuci mulut, kek hari guru

Memtong kek oleh Puan Pengetua sebagai membuka upacara sambutan Hari Guru


Keceriaan wajah guru-guru, saat harinya diraikan

sukaneka semangatnya sukar ditandingi


Dapat banyak BUNGA? tanda tugas guru mengharumkan dunia. Dapat banyak PEN? tanda guru bijak melakar kata. Dapat PEMADAM? Tanda guru sentiasa membetulkan yang dusta. Dapat UCAPAN tanda guru sentiasa diingatan.
”Selamat Hari Guru ” buat semua warga pendidik tanahair. Andalah GURU inovatif yang bisa melonjakkan tranformasi pendidikan negara . Galaslah tanggungjawab dan amanah ini dengan ikhlas dan penuh dedikasi agar kita dapat melahirkan generasi cemerlang dari segi akademik dan juga sahsiahnya"


No comments:

Post a Comment