Tuesday 24 July 2012

KEM ILMU DAN IBADAH

JUMAAT, 14 JULAI 2012 9JUMAAT DAN SABTU)

Solat berjamaah pelajar 3 IS
Antara pelajar 3IS yang ikut serta kem ini

Puteri 3 Ibnu Sina KRK

Guru bertugas pada hari tersebut
Teknik menjawab SPM

Antara pelajar 3 IS yang hadir


Penceramah teknik menjawab SPM oleh pn. Roseffin guru Bahasa Inggeris Smksk

HARI TERBUKA AKADEMIK

KHAMIS, 12 JULAI 2012.
Program tahunan ini diadakan adalah bertujuan memberi peluang ibubapa atau penjaga datang ke sekolah untuk melihat, mengetahuai perkembangan pembelajaran anak masing-masing. Dengan kedatangan ibubapa atau penjaga mereka dapat berbicang pelbagai aspek dengan pihak sekolah khususnya dengan guru tingkatan anak masing-masing yang berkaitan kecemerlangan anak masing-masing, dengan ini juga ibubapa dapat mengetahui pelbagai aktiviti yang dirancangkan untuk peningkatan akademik dan juga shahsiah anak kesayangan mereka.










Wednesday 11 July 2012

Program Perkampungan Interlek Pend. Islam

Isnin, 11 Julai 2012
Pn. Che Siti Halimah- guru mata pelajaran Pendidikan Islam
Program Perkampungan Interlek Pendidikan Islam bermula hari ini untuk Kelas Rancangan Khas Tingkatan 3 Ibnu Sina sehinggalah menjelang PMR. Pengisiaannya dengan memberi modul latih tubi kepada semua pelajar. Konsep yang dibuat dimana saya sebagai guru Pendidikan Islam menyediakan beberapa set soalan berformatkan PMR dan dikendalikan oleh seorang mentor yang telah dilantik oleh guru. Guru memberi tunjuk ajar kepada mentor terlebih dahulu apa yang mereka lakukan. Bahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Perbincangan jawapan adalah bersama guru. Set soalan akan lebih cepat habis jika pelajar bersedia dan dapat menjawab dengan cepat. Seeloknya beri tajuk untuk mereka baca sebelum menjawab tajuk pada keesokkan harinya, daripada ini guru dapat mengesan pelajar buat ulangkaji/bersedia atau tidak untuk latihan keesokkan harinya. Semuga dengan usaha ini dapat membantu pelajar berjaya menjawab dengan baik dan cemerlang dalam subjek agama. Inyaallah, Amin.






Hari Karnival Sekolah

Ahad 8 Julai 2012
Gerai Roti John
Unit Kurikulum bergabung tenaga dengan unit Hem dan ko0kurikulum untuk sama-sama mengembeling tenaga mencari dana untuk membeli sebuah mesin menyusun kertas. Mendapatkan mesin ini dirasakan perlu untuk memudahkan warga pendidik Smk Seri Keramat menyediakan dan menyusun kertas soalan peperiksaan dan penyediaan modul pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar.
Hari Karnival ini bermula sejak jam 7.30 pagi dengan mengambil kedatangan pelajar dan pembahagian kupon di tapak perhimpunan. Gerai jualan dibuka untuk jualan bermula seawal jam 8.30 pagi. Terdapat lebih kurang 14 buah gerai menjual makanan dan minuman, 3 buah rumah hantu, 1 buah kota sesat, 4 buah gerai swasta dan sebuah gerai umble sale. Terdapat juga aktiviti permainan seperti pertandingan futsal dan permintaan lagu.
Dalam banyak gerai ini, ada satu gerai iaitu Gerai Roti John di kendalikan sepenuhnya oleh 5 orang pelajar lelaki dari Kelas Rancangan khas (3 Ibnu Sina). Jom kita lihat gelagat mereka berniaga ROTI JOHN. Tak sangka berbakat......











Monday 2 July 2012

Kelas Terbersih

Pertandingan kelas terbersih dan ceria diadakan setiap minggu. pada minggu ini kelas terbersih tingkatan 3 dimenangi oleh tinkatan 3 Ibnu Sina (KRK). Tahniah.

Ketua kelas menerima hadiah daripada Pengetua.

Pengawas Pusat Sumber

Pelantikan Pengawas PSS.
Antara pelajar KRK yang menerima watikah pelantikan sebagai Pengawas PSS pada majlis pelantikan Pengawas PSS.


Pemenang Aktiviti Bulan Pusat Sumber

3 Julai 2012
Majlis Penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang sempena Bulan PSS. Antara Pelajar Kelas Rancangan Khas yang berjaya memenangi beberapa acara yang dianjurkan oleh PSS sempena Bulan Pusat Sumber.

Aina Nurina 3 Ibnu Sina

Muhammad Daniel 2 Ibnu Sina

Muhamad Nazrul Shah 3 Ibnu Sina

Sharafana 3 Ibnu Sina
Puan Sanisah pemenang acara teka berat buku

Majlis Pelantikan Pengawas PSS 2012

3 Julai 2012
Suasana Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah berlangsung dalam suasana ceria dan penuh bermakna pada hari Isnin 3 Julai 2012 dari jam 7.45 sehingga 8.35 pagi.

Peneraju utama PSS yang berpengalaman dan kreatif

Penyerahan frame perasmian pelantikan oleh mascot harimau kepada Pengetua

Bergambar kenangan dengan mascot harimau

Tema Bulan membaca
Pengetua menandatangani majlis perasmian

Mascot membawa frame perasmian untuk diserahkan kepada Pengetua