Wednesday, 11 July 2012

Hari Karnival Sekolah

Ahad 8 Julai 2012
Gerai Roti John
Unit Kurikulum bergabung tenaga dengan unit Hem dan ko0kurikulum untuk sama-sama mengembeling tenaga mencari dana untuk membeli sebuah mesin menyusun kertas. Mendapatkan mesin ini dirasakan perlu untuk memudahkan warga pendidik Smk Seri Keramat menyediakan dan menyusun kertas soalan peperiksaan dan penyediaan modul pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar.
Hari Karnival ini bermula sejak jam 7.30 pagi dengan mengambil kedatangan pelajar dan pembahagian kupon di tapak perhimpunan. Gerai jualan dibuka untuk jualan bermula seawal jam 8.30 pagi. Terdapat lebih kurang 14 buah gerai menjual makanan dan minuman, 3 buah rumah hantu, 1 buah kota sesat, 4 buah gerai swasta dan sebuah gerai umble sale. Terdapat juga aktiviti permainan seperti pertandingan futsal dan permintaan lagu.
Dalam banyak gerai ini, ada satu gerai iaitu Gerai Roti John di kendalikan sepenuhnya oleh 5 orang pelajar lelaki dari Kelas Rancangan khas (3 Ibnu Sina). Jom kita lihat gelagat mereka berniaga ROTI JOHN. Tak sangka berbakat......











No comments:

Post a Comment